Tuesday 18 December 2012

today is tuesday


Assalamualaikum… td ak jalan-jalan ngan kawan2 aku kat taman ! lepas tu kite0rg r0nda-r0nda kampung ! 0n the way balik , kiteorg lalu kat bukit chatak, pah2 aku Nampak MUHAMAD HAKIMI AL_IQBAL  B. SHAHRI. Dia tgh maen Badminton ngan abang dye. Aku rindu giler boy nie.. Aku tau mungkin dye dah tak kenal aku. Aku redho! Semua yg terjadi mmg salah aku. Maafkan aku atas segalanya! Tapi memang betol aku tak jumpa orang yang betol2 boleh gantikan dye. Bukan senang aku nak lupekan dye. Memang betol aku ada minat org laen. Tp dia tidak dpt dikikis dari ingatan aku. Dye special sgt dlm hidup aku .   first time aku jumpa dye.. dye comel sangat ! dye suke gaduh ngan aku ! dye suke panggil aku MOK GAK ! aku rindu sume tu !Aku pun x faham cam ne aku boleh jatuh hati kat budak tu.  Tipu la kalu aku kabo aku boleh lupekan terus dye ! Lebong ah kalu aku kabo aku dok kenal dye . aku akan selalu mengenali dia selagi hati aku x lupekan dye ! Niat dalam hati aku memang nak lepaskan dye tp aku tak mampu nk wak sume tu ! Akhirnya, tercapai jugak hajat aku nak jumpe dye sblum ak amek result! Thanks for everything !YA ALLAH! HAMBAMU INI TIDAK KUAT UNTUK MENGHADAPI UJIANMU INI !

Friday 14 December 2012

SAHABAT SEJATI

teman,
andai percintaan itu indah,
indah lagi persahabatan kau dan aku,
andai bintang menyinar kerana cahayanya,
persahabatan kita menyinar kerana utuhnya ukhuwwah,
andai bunga itu indah kerana harumannya,
hubungan kau dan aku indah kerana jalinannya.

andai awan bisa melakar,

pasti tercoret kisah kau dan aku,
kerana kisah kita tiada akhirnya,
andai muhammad sebuah kisah kesempurnaan,
andai laila majnun sebuah kisah percintaan,
andai umar sebuah kisah pemerintahan,
maka kau dan aku,
sebuah kisah persahabatan.

teman,

andai persahabatan ini terurai,
takkan mampu aku harungi,
semua dugaan yang mendatang,
takkan mampu aku berdiri,
seteguh ini!

biarlah persahabatan kita,

tetap utuh walau badai melanda,
biarlah persahabatan kita jua,
tersergah di mata dunia,
yang penuh warna- warni.

perjuangkanlah persahabatan kita,

yang telah lama terjalin,
biarlah antara kita,
umpama ombak dengan pantai,
yang sering berhempasan,
tetapi sentiasa bersama.

indahnya persahabatan kita,

tidak terucap dengan kata-kata,
hanya kita yang tahu,
andai aku bisa laungkan,
ingin aku mengeggarkan dunia,
tentang persahabatan kita.

andai ini adalah persahabatan,

aku akan menjadikan persahabatan ini,
seperti cinta romeo dan juliet,
jika aku, kau lukai,
akan ku kesepian selamanya.

teman,

andai aku sahabat sejatimu,
janganlah engkau berpaling dariku,
sesungguhnya aku sangat memerlukan sahabat
SEPERTIMU ..