Friday 14 December 2012

SAHABAT SEJATI

teman,
andai percintaan itu indah,
indah lagi persahabatan kau dan aku,
andai bintang menyinar kerana cahayanya,
persahabatan kita menyinar kerana utuhnya ukhuwwah,
andai bunga itu indah kerana harumannya,
hubungan kau dan aku indah kerana jalinannya.

andai awan bisa melakar,

pasti tercoret kisah kau dan aku,
kerana kisah kita tiada akhirnya,
andai muhammad sebuah kisah kesempurnaan,
andai laila majnun sebuah kisah percintaan,
andai umar sebuah kisah pemerintahan,
maka kau dan aku,
sebuah kisah persahabatan.

teman,

andai persahabatan ini terurai,
takkan mampu aku harungi,
semua dugaan yang mendatang,
takkan mampu aku berdiri,
seteguh ini!

biarlah persahabatan kita,

tetap utuh walau badai melanda,
biarlah persahabatan kita jua,
tersergah di mata dunia,
yang penuh warna- warni.

perjuangkanlah persahabatan kita,

yang telah lama terjalin,
biarlah antara kita,
umpama ombak dengan pantai,
yang sering berhempasan,
tetapi sentiasa bersama.

indahnya persahabatan kita,

tidak terucap dengan kata-kata,
hanya kita yang tahu,
andai aku bisa laungkan,
ingin aku mengeggarkan dunia,
tentang persahabatan kita.

andai ini adalah persahabatan,

aku akan menjadikan persahabatan ini,
seperti cinta romeo dan juliet,
jika aku, kau lukai,
akan ku kesepian selamanya.

teman,

andai aku sahabat sejatimu,
janganlah engkau berpaling dariku,
sesungguhnya aku sangat memerlukan sahabat
SEPERTIMU ..



0 comments:

Post a Comment